Ahad, November 29, 2009

Apa itu Super Lutein dan khasiatnya

Apa itu Super Lutein dan kenapa ianya bagus.

Naturally Plus telah mengeluarkan satu super supplemen yang paling sempurna untuk semua lapisan umur.Disamping 6 Karotenoids utama ditambah dengan 5 vitamin utama yang diperlukan badan menjadikan SUPER LUTEIN adalah Terbaik.
Dibawah saya kupaskan satu persatu segala khasiat dalam Super Lutein untuk dijadikan rujukan.



Kandungan Super Lutein

Note : Saya bukan doktor atau pakar pemakanan, tetapi saya suka membaca,
info ini saya ambil dan olahkan daripada pembacaan saya,
harap dapat sama-sama kita jadikan rujukan.


Lutein
1.Boleh didapati didalam sayuran hijau seperti bayam,
   kacang peas,kubis dan daun salad.
2.Terdapat dalam mata, kulit, serum, servik, otak, hati dan dada manusia .
3.Melindungi sel daripada radikal bebas yang berbahaya,
   baik untuk mata,buah dada,kolon dan saluran peranakan.
4.lutein amat baik untuk melindungi daripada terdedah
   kepada kanser buah dada dan kanser rahim.
5.Berfungsi melindungi mata dan menapis sinaran biru.

Lycopene
1. Terdapat dalam tomato, tembikai dan strawberi .
2. Mencegah kanser prostat, kanser buah dada,
    kencing tak lawas dan penyakit berkaitan hati. .
3. Mencegah penyakit kardiovaskular .
4. Mengurangkan tahap kolesterol dalam darah .
5. Melambatkan proses penuaan dan menguatkan sistem imun .
6. mencerahkan kulit dan menguatkan sistem ketahanan badan .
7. Lycopene bertindak sebagai ejen antioksida yang membantu
    tubuh menyerap radikal bebas dan membaiki sel badan
     yang rosak dan menyahkan toksin yang menyebabkan penghasilan sel barah

α-Carotene
1. Boleh dijumpai pada warna pigmen kuning dan oren pada lobak dan labu .
2. Memperbaiki tahap metabolisme .
3. Mengaktifkan sistem imun,memperkuatkan system pertahanan badan.
4. Melambatkan proses penuaan atau anti oksida dan mencantikkan kulit
5. Mengurangkan penyakit kardiovaskular dan penyakit kulit.

ß-Carotene
1. Boleh dijumpai pada warna pigmen kuning dan oren pada lobak dan labu .
2. Memperbaiki tahap metabolisme .
3. Mengaktifkan sistem imun,memperkuatkan system pertahanan badan.
4. Melambatkan proses penuaan dan mencantikkan kulit.
5. Mengurangkan penyakit mata kardiovaskular .
6. Mampu mencegah penyakit berkaitan buah pinggang, tulang,
    hati, paru-paru dan penyakit kulit.
7. Secara semula jadi tubuh akan menukar beta karotene kepada vitamin A
    jika diperlukan. Pada masa sama beta karotene
   bertindak sebagai ejen anti oksida yang melindungi tubuh
   dari kebanyakan jenis kanser dan penyakit  jantung,
    memperlahankan kemaraan penyakit mata seperti katarak dari merebak


Zeaxanthin
1. Boleh didapati didalam jagung .
2. Terdapat dalam mata, kulit, serum, servik, otak, hati dan dada manusia .
3. Melindungi sel daripada radikal bebas yang berbahaya .
4. Melindungi mata,mengurangkan penuaan mata dan melindungi kulit kurangkan kedutan.

Crocetin
1. Terdapat dalam buah cepe jasmine dan pistil safron .
2. Larut air dan lemak dimana ia mampu meresap ke dalam tisu badan dengan mudah .
3. Baik untuk kulit dan perbaiki perjalan darah.

Blueberry & blackcurrant
Antioksida
Meningkatkan tahap penglihatan malam .
Mempunyai tahap vitamin C yang tinggi,baik untuk mencegah selsema .
Melindungi sistem kardiovascular dan perjalanan darah.
Sebagai pelawas .

DHA
Asid lemak yang paling penting dalam tubuh manusia .
Meningkatkan sistem daya ingatan .
Baik untuk perkembangan otak bayi dan kanak-kanak
Menyumbang kepada perkembangan visual, kognitif
dan psikomotor ( * psikomotor = berkenaan sistem saraf )

Vitamin E
Anti mandul
Merangsang kesuburan sperma dan meningkatkan tahap peluang untuk hamil .

Vitamin B
Membantu mengatasi keletihan, masalah kulit, sakit kepala
serta masalah untuk memberi tumpuan, sakit bahu dan penyakit anemia .

Kebaikan Super Lutein

1. Mata
• Meningkatkan tahap penglihatan
• Tiada lagi astigmatisme (kerosakan mata)
• Mencegah katarak
• Mengurangkan penyakit glukoma


2. Kulit
• Tiada lagi jeragat
• Kulit menjadi lebih lembut dan halus
• Kulit lebih cerah dan gebu
• Mengurangkan alahan kulit
. Kurangkan kedutan


3. Darah
• Mengekalkan tekanan darah
• Mengurangkan gula dalam darah
• Mengurangkan tahap kolesterol
. Melancarkan perjalanan darah


4. Rahim
• Merawat penyakit menorhalagia
• Melancarkan haid dan kurangkan masalah sengugut
• Mencegah kanser rahim
• Mencegah urat rahim daripada membengkak
• Memperbaiki cecair amnion (air ketumban)


5. Buah Pinggang
• Mengurangkan masalah kencing
• Mengatasi lemah kencing atau kencing tak lawas
• Menguatkan pinggang ketika hubungan kelamin


6. Kepala
• Membantu melebatkan rambut
• Mengatasi rambut beruban
• Mencegah masalah demensia (penyakit mental)
• Pemikiran anak-anak menjadi cergas


7. Perut
• Merawat masalah sembelit
• Membersihkan najis dalam usus
• Mencegah kanser perut
• Merawat cirit-birit


8. Hati
• Tidak cepat letih
• Mencegah hepetitis
• Mencegah kanser hati

InsyaAllah saya akan postkan info berkenaan Super Lutein dan barah, Super Lutein dan Anti - tua, serta beberapa info
lain berkenaan 2 produk daripada Naturally Plus, IZUMIO ( Air hidrogen ) dan Super Lutein.

Sekarang saya perlu berhenti untuk sembahyang subuh, hari ini bangun awal pukul 3.30 pagi sebab semalam tak dapat
buat apa-apa kerja, melayan si comel sampai pukul 12 malam, terus tertidur dengan dia sekali.



Selasa, November 24, 2009

Kebaikan sayur-sayuran dan buahan berwarna

Kebaikan Sayuran / Buah-buahan berwarna




• Artikel ini diambil daripada Fomca,diharap kita dapat sama-sama manfaatkan.
   Berikan yang terbaik untuk diri kita, keluarga kita dan masyarakat kita.
   Jadilah pengguna yang bijak.


Warna terang sayur, buah pengaruhi kesihatan

Pernahkah anda terfikir sayuran berwarna terang sebenarnya mempengaruhi kesihatan kita?
Pernahkah juga kita berfikir setiap sesuatu yang allah ciptakan sebenarnya memberi manfaat besar
kepada kehidupan manusia jika digunakan dengan sewajarnya.

Sebagai menambahkan pengetahuan anda, warna pada tumbuhan adalah terhasil daripada fittokimia.
bukan saja membuatkannya kelihatan sedap apabila dipandang, tetapi juga membekalkan khasiat
yang penting kepada kesihatan seseorang.

Oleh itu, suri rumah dan ibu perlu bijak memilih sayuran dan buah yang berwarna terang ini
untuk dihidangkan kepada keluarga kerana menerusi amalan memakan sayuran jenis ini boleh
menjadi perisai yang baik kepada tubuh daripada serangan penyakit merbahaya.

Bagi kalangan selebriti di barat yang sangat mementingkan diet sihat, mereka lebih cenderung memilih
sayuran yang berwarna terang sama ada yang berwarna merah, jingga,ungu dan kuning
kerana faktor nutrien yang terkandung di dalamnya.

Jika kita lihat warna merah pada sebiji tomoto adalah disebabkan kandungan lycopene
atau karotenoid di di dalamnya, di mana kandungan lycopene didapati semakin bertambah
banyak ketika buah itu matang. Kajian juga mendapati sebiji tomato merah mengandungi
kadar lycopene yang lebih tinggi berbanding sebiji tomato berwarna kuning.

Lycopene bertindak sebagai ejen antioksida yang membantu tubuh menyerap
radikal bebas dan membaiki sel badan yang rosak dan menyahkan toksin yang
menyebabkan penghasilan sel barah.

Antara sayuran dan buah yang berwarna adalah seperti tomato, tembikai, lada merah,
limau pomelo merah jambu dan merah.
Beta karotene adalah sejenis karotenoid yang menyebabkan sayuran atau buah itu
berwarna jingga seperti lobak merah.

Secara semula jadi tubuh akan menukar beta karotene kepada vitamin A jika diperlukan.
Pada masa sama beta karotene bertindak sebagai ejen anti oksida yang melindungi
tubuh dari kebanyakan jenis kanser dan penyakit jantung, memperlahankan kemaraan
penyakit masa seperti mata seperti katarak dari merebak.

Lobak, buah labu, mempelam dan buah aprikot adalah sebahagian contoh kumpulan makanan berwarna jingga.
Sebagai contoh, labu adalah sumber vitamin B6 yang baik selain sayur-sayuran hijau
seperti bayam merah juga banyak mengandungi beta karotene.

Sementara itu, kumpulan sayuran atau buah yang berwarna jingga kuning pula mengandungi beta-crytoxanthin
yang diklasifikasi secara kimia sebagai xanthophylls iaitu kandungan ejen
anti kanser dan mampu mempertingkatkan fungsi jantung.

Beta-crytoxanthin membekalkan aktiviti anti oksida dalam tubuh.
Nanas, oren, betik, jagung manis, nectarines, buah limau nipis dan peach tergolong dalam kumpulan makanan jingga kuning.

Bromelin dalam nanas dan papain di dalam betik adalah enzim proteolitik yang mampu membantu meningkatkan
fungsi penghadaman tubuh badan kita. Pisang pula membekalkan vitamin B6 yang mampu mengawal hormone.

Pengambilan yang banyak buahan dan sayuran yang kaya dengan lutien dan zeaxanthin
dalam diet seharian iaitu buah dan sayuran yang tergolong mengandungi pigmen kuning pekat
dan atau sayuran berdaun hijau tua mampu mengurangkan risiko penyakit kemerosotan macula
dalam retina mata akibat peningkatan usia.

Antaranya seperti bayam, avocado, kacang hijau, kale kubis, collard greens dan
mustard greens adalah dari kumpulan makanan hijau kuning.

Bagi kumpulan sayuran hijau didapati mengandungi glucosinolates, sulforaphane, isothiocyanates
dan indoles yang ada peranannya masing-masing kepada kesihatan yang baik.
Sulforaphane dalam tumbuhan bersifat anti karsinogenik (anti kanser), manakala sulforaphane
dan isothiocyanates adalah ejen anti oksida dan merangsang pengeluaran enzim penyah toksin asli
yang mujarab kepada tubuh. Indoled pula mampu mengelakkan sel-sel badan dari kerosakan sel dan penyakit kanser.
Iaitu seperti brokoli, kubis Brussels. Bok choy, kubis bunga dan kubis adalah ahli kumpulan hijau.

Kebanyakan sayuran cruciferous (tergolong dalam keluarga sayur kubis) berperanan mengurangkan risiko kanser.
Umpamanya brokoli sumber yang kaya dengan vitamin A, Vitamin C, beta – karotene dan asid folik
yang sangat baik. Kubis juga tidak mengandungi kolesterol, berkalori rendah dan sumber Vitamin C
yang bagus. Kubis bunga pembekal folat yang baik.

Bawang putih, bawang merah dan kucai tergolong dalam kumpulan makanan putih dan berbau tajam.
Ia mengandungi allyl sulfides yang juga ejen anti tumor, selain mampu mengurangkan kolesterol tidak baik dan tekanan dalam darah.

Dikatakan kumpulan makanan berwarna ungu sama ada ada buahan, sayuran atau bunganya
berwarna merah, ungu dan biru ungu mengndungi anthocyanin; iaitu ejen anti oksida tebaik.
Piagmennya mudah larut dalam air dan mampu memantulkan warna merah hinggalah ke biru.

Ia mampu melindungi badan dari kerosakan osidatif yang menyebabkan penyakit jantung kanser dan penuaan.
Anggur ungu, beri biru, beri hitam, rasberi, kranberi, plum, buah prun, kismis, buah terung, blackcurrant dan
kubis ungu tergolong dalam kumpulan makanan ungu.

Rabu, November 18, 2009

Laman web Kumpulan Platinum Vector online

Alhamdulillah. Laman web Kumpulan Platinum Vector kini dapat dilayari oleh ahli-ahli dan bakal-bakal ahli. Semoga laman web ini dapat memberi kemudahan dan penerangan mengenai produk dan sistem yang digunapakai oleh Naturally Plus.