Isnin, Mac 22, 2010

IZUMIO ..bab 1


Alhamdulillah diberikan kelapangan saya nak tulis pasal IZUMIO...
dah lama saya plan nak berkongsi info tentang IZUMIO ni dengan semua..

IZUMIO asalnya daripada bahasa Jepun,
maksud sebenar saya pun tak berapa tahu
even pernah dok kt negara matahari terbit tu selama
4 tahun...

Kita kerap dengar pasal AIR OKSIGEN, dan macam-macam
jenis air lagi, tapi jarang-jarang sangat, malah pelik kalau kita
sebut AIR HIDROGEN....aikkkk...nape plak HIDROGEN...
nape idak OKSIGEN, bukan ke badan kita
perlukan OKSIGEN kan...

Sebenarnya ALLAH MAHA PEMURAH, PENYAYANG...
DIA jadikan sesuatu itu bersebab untuk kita kaji &
supaya kita sbg hambaNYA sentiasa bersyukur.
Air mukjizat ialah air zamzam,
tiada tandingan dengan segala macam jenis air kat atas dunia ni.
dan kita pun jarang dengar pasal AIR AJAIB...air ni wujud
dibeberapa tempat sahaja kt france, japan & germany ..
ia dikenali juga sebagai KANGEN WATER.

Air ini bezanya dengan air biasa ialah kandungan hidrogen yang tinggi,
diakui memberi banyak kebaikan untuk tubuh badan kita.

Nape plak hidrogen bagus drp oksigen ?????
Sebenarnya kedua-dua unsur ini penting, oksigen kalau
berlebih merbahaya pada badan, menjadi racun dalam
badan yg kita selalu dok sebut sbg radikal bebas ler
aper semo tuh...

so, untuk seimbangkan semula badan
kita, racun tadi kena lah keluarkan, nak keluarkan
camne kalau udah racun kan...disinilah
Hidrogen itu berfungsi...hidrogen adalah unsur paling
tak stabil dan paling halus, senang utk bertindakbalas
dengan oksigen berlebihan ( aktif oksigen ) dalam
badan dan keluarkan dalam bentuk
air....air kencing....so, racun tadi dh dikeluarkan ,
baru lah badan kita
dapat berfungsi dengan baik.

Itu ler sikit sebanyak pasal Air Hidrogen...will be continue



Kerja sekadar dapat gaji atau ?????

Hari ini kebanyakan masa saya dihabiskan di bilik meeting, perkara yang nak
dibincangkan berkenaan satu task yg diberi pada subordinate...

Banyak yg diperbincangkan, berkait-kait, ber jam-jam dalam bilik tu,
menghuraikan kenapa setiap task yg diberi tak menepati kehendak.
Apa yang tak kena...nak kata bagi pada org yang tak sepatutnya,
tak jugak mmg setelah ditapis dikaji, layak bebenor dia dgn post
dan kerja yg diberi.

Persoalannye mudah sahaja....setakat manakah kita komited terhadap
task yg diberi, adakah sekadar angguk, buat apa yg disuruh sahaja,
suruh A buat A, suruh itu buat itu....janji genap 25 hb ade masyukkkk...
atau diri sendiri sedar tanggungjawab yg diberi....soal minat @ tidak minat,
ikhlas @ tidak itu sesuatu yang sukar, mulut cakap ikhlas, hati tak tahu lagi.
kalau diberi kerja dok merungut, tak ikhlas jgk namenye tu...

Bagi saya yang penting adalah tanggungjawab.....setakat mana kita
bertanggungjawab atas kerja kita......so bila perasaan itu ada, dengan sendiri
kita akan komited terhadap apa yg kita buat, tak mudah mengalah dengan
apa rintangan @ halangan kerana kita tahu apa yang kita buat dan apa
yang kita ingin capai.

Begitu juga semasa saya ambil keputusan untuk sertai Naturally Plus dan
nekad untuk jadikan sebagai satu kerjaya kami suami isteri.

Sebelum saya sertai NP, saya banyak membaca cari rujukan dalam internet ttg bisnes
network..... kerana saya mencari sebab kenapa saya nak join MLM sedangkan
saya antara orang yang anti MLM.....antara perkara saya paling tidak suka buat ialah
menghubungi sedara mara kenalan lama semata-mata nak promote barangan kita,
saya sendiri sudah terkena, datang dr jauh semata-mata nak promote suruh kita jadi
ahli, dia bawa upline dia, desak nye desak, tak tahan saya beli jgk ler jus yg dia
jual...ikutkan dia suruh ambil water filter guna kredit kad....lepas saya x nak jadi ahli..
balik dr rumah saya lgsg dh tak contact smp ler skrg....

So saya keep in mind, tak nak ler jadik cam tu, kalau kita tak suka, org lain pun berganda
tak suka...jgn plak disebabkan tu, kenkawan semo menjauhkan diri.

Banyak approach kita boleh buat, apabila kita komited, kita akan cari pelbagai
cara @ jalan untuk jaya kan apa yg kita ingin capai.Tak perlu fikirkan apa pandangan
orang lain pada kita,ini bisnes kita sendiri, kejayaan yang nak dicapai kita yg tentukan.

MLM adalah cabang perniagaan yang menguntungkan utk jangkamasa panjang,
carilah syarikat MLM yang sahih ada konsep jual beli dari sisi islam, berpatutan
harga dan barangnya, agar kedua pihak pembeli baru ( prospect ) dan pengedar
( upline ) mendapat keuntungan bersama.

Terimakasih kerana bersama ahli Platinum Vector . InsyaAllah kita sama-sama berusaha
untuk kejayaan bersama.

Ahad, Mac 07, 2010

PELBAGAI PENYAKIT

Sebut pelbagai penyakt nih....mmg banyak penyakit sekarang ni...
sakit badan, sakit hati, sakit mata, sakit ni semua boleh diubati,
 samada nak ambil ubat doktor atau ubat tradisional
atau ubat semulajadi..

Yang susahnya penyakit yang tak boleh diubati menular skrg ni..
penyakit tiada peri kemanusiaan....saya rasa bagi air hidrogen ker,
air oksigen ker, makan super Lutein sekali pun tak sembuh....
tapi kalau air zam-zam insyaAllah
mana tahu Tuhan cerahkan hati kan.
Sekarang kes buang bayi perkara biasa,
halwa telinga setiap kali berita jam 8,
dan terbaru kes dera anak sampai meninggal...
apa dah jadi dengan masyarakat kita....
kat mana salahnya, kanak-kanak menjadi mangsa,
kita ini manusia bukan haiwan, Allah bagi akal utk berfikir.

Malam tadi saya tersedar sentuh kepala asyraf panas,
badan tak seberapa panas tapi kaki panas sangat.
Risau saya bancuh susu + IZUMIO setengah pek bagi dia
minum, pagi tadi panas dah kurang dan alhamdulillah
sekarang dh back to normal.

Kalau dulu mmg sikit-sikit paracetomol ler bupren ler,
ubat demam, ubat selsema, ubat kahak,
batuk kahak dan ubat sembelit sentiasa dalam simpanan.
Dari lahir dok berulang ke klinik, saya terpaksa refer pd
specialist kanak-kanak, iyeler pergi klinik biasa 2,3x tak jalan...
klu duit kurang drp rm100 x yah pergi,
bab duit tu satu hal ler, yg risau nye dok makan ubat jer,
dia klu demam cukup satu package, demam, selsema,
batuk, kahak nk jadi cam lelah..
so bila time bg ubat 3,4 jenis ubat skali minum...

Kitaorg ambil Super Lutein dan Izumio ni pun
sbb fikirkan asyraf ler,skrg saya dh kurangkan
pengambilan ubat fully utilize Izumio dan
Super Lutein. Selain drp tiada side effect,
maintain kesihatan nye, cepat sembuh.
Yang bagusnya 2 produk ni boleh guna utk
semua lapisan umur.

Ok, kita continue,asyraf dah bangun tidoo..
nanti saya sambung skit crite pasal IZUMIO,
jiran ari tu anaknye teruk
cirit birit dan muntah, alhamdulillah tak sampai 1 jam ok.

Makanan Yang mencegah Kanser

Salam sejahtera,

Baru rasa nye saya post kt blog, tp bila tangok last posting
sept tahun lepas, pejam celik dah dekat
5 bulan....sekejap sangat masa berlalu.

Saya juga mengucapkan berbanyak
terimakasih kepada pengikut blog ini.

Tajuk diatas saya terpanggil utk tulis sebab nak berkongsi
dengan mereka -mereka yang ada masalah kanser, iyelah bila
dh kena penyakit ini,dunia bagaikan sudah tiada utk kita kan...
macam-macam perasaan timbul,pengidap didalam kemurungan,
dimana ianya memburukkan lagi keadaan.
Teringat saya ustazah tempat saya belajar
fardu ain, mengidap barah payudara yang agak
teruk, alhamdulillah beliau tidak berputus asa,
segala macam ubat dicuba, sayangnya masa tu saya
cetek dan kurang ambil berat pasal ilmu kesihatan,
tak banyak dapat bantu beliau....walau
semangatnya kuat, Tuhan lebih menyayanginya,
semasa saat akhir arwah saya sempat melawat dirumahnya,
makan bersuap, sembahyang baring, sedih sangat
nak menitiskan airmata, tapi tak sampai hati sebab
sepanjang bersembang arwah sentiasa senyum,
dia redha dengan cubaan yang diberi...
sudah 4 tahun arwah pergi, semoga rohnya dicucuri Allah....aamin.

Sambil tidurkan asyraf, sudah jadi kebiasaan sesambil tu belek2 buku
kt tempat tidur,dia baca dalam bahasa dia ler... kebetulan saya
terdetik sesaja nak baca buku kesihatan " Perubatan Islam dan bukti sains moden " tulisan Dr Danial Zainal
Abidin...dah lama saya beli, sesaja nak tambah ilmu....
belek2 terbaca plak mukasurat 42...sebut
pasal kanser / barah ni...dalam tu ada ler sebut pasal likopene / lycopene , lutein, beta-carotene ler ape
semo....emmmmmm masa baru-baru beli baca ajelah...takde ler nak ambil pot sangat pasal
lutein aper2 tein semo tuh...skrg ni bila saya sendiri dah cuba Super Lutein, jadi ahli Naturally Plus,
belajar plak ape kandungan dalam Super Lutein tu baru le peka skit....rupanya mmg banyak pakar-pakar
bukan saja dalam mesia tapi luar negara mengesahkan keberkesanan karatenoid / carotenoids ni kan.

So, bagi pengidap kanser / barah atau penyakit-penyakit yang kronik, anda jangan putus asa,
Tuhan jadikan setiap penyakit itu ada penawarnya....dan apabila kita kaji semula makanan semulajadi
yang Tuhan jadikan berwarna-warni.....tak yah ambil contoh jauh...ubi keledek sahaja ada 4 warna,
kuning, jingga, purple dan putih....kenapa ekkk...rupanya semua itu ada sebabnya, ada khasiatnya
yang tertentu....MasyaAllah , kebesaran Allah.

Berbalik kepada kandungan buku drp Dr Danial ni, drp kajian 1.5 juta wanita disahkan
mengidap kanser payudara, setiap seorang drp 2 lelaki mempunyai risiko kanser dan
bagi wanita pula setiap seorang drp 3 org....ngerikan bila dengar bab kanser.

Mengikut kajian darp institut kanser kebangsaan amerika, 1/3 drp penyakit kanser berpunca
daripada makanan yg diambil....iye ler makanan sekarang semo nak segera,
makan ayam cucuk/injek...tak sampai 4-5 bulan ternak dh sembelih, itu ler sebabnya kalau
kita makan ayam sekarang ngan ayam dolu2 lain, kalau rendam lama skit dlm air mula ler naik
bau busuk....sayur semo guna racun dan baja kimia, tambah plak bahan utk cepat besar,
ngan segala jenis racun utk elakkan ulat / serangga perosak....
so, benda2 tu semo, bila kita makan dok ler berhimpun dalam badan, itu ler skrg ni tak pelik lagi
kalau kita lihat anak2 belum umur belasan sudah kena pelbagai penyakit..

Bahan-bahan ni semo + udara yg dh kotor + tekanan perasaan/stress/tension dan lain-lain
menyebabkan Radikal bebas senang ler attack sel-sel tubuh kita...nama lagi bebas, so
bebas ler sel mana yg dia nak attack....yg nasib tak baiknye, dia attack sel dan sel tu
berubah fungsi jadi lain, lelama sel baru makin membiak, beranak pinak, berakar umbi...
jadi ler ape org kate ketumbuhan...dan seterusnya jadi kanser/barah.

Kalau kita sedar tak per...takut yg makan dalam ni, luar nampak ler sihat...bila dikesan
dah takap kritikal.

So, kita kena banyak kan makan makanan yang didalam nya bersifat anti-oksida.
Anti-oksida/antioxidant berfungsi memperbaiki sel-sel badan yang rosak.
MAkanan anti oksida yg banyak dikaji ahli sains ialah beta carotene dalam sayuran hijau,
kuning dan jingga.Beta karotene membunuh sel-sel kanser dalam badan.


Antara Sayuran dan buahan anti kanser :


    TOMATO  atau TOMAT - antikanser dalam tomato iaitu LYCOPENE berfungsi
    mencegah kesan negatif radikal bebas keatas sel dalam badan.
    Mencegah kanser prostat dan kanser pankreas

   







Sayuran hijau, kobis, bayam, lobak/ karot,  bunga kobis / cauliflower.
Banyak mengandungi bahan anti kanser seperti Beta karotene, Lutein dan asid folik.
Mencegah kanser payudara, kanser perut, kanser/barah usus / colon.

Itulah kebaikan sayuran ni semua, makanan itu penuh dgn khasiat tapi kita yang menjadikan
khasiatnya makin hilang...cara tanam, cara simpan, cara masak...sedikit sebanyak
telah musnahkan khasiat didalamnye, dh tak original lagi.

Banyak lagi yang ditulis, nak tahu lanjut sila baca buku beliau. edisi ke-2.